Wednesday, January 20, 2010

Bangang~

Wednesday, January 20, 2010


1.FREE Punya Pasal !

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke supermarket beli barang2 dapur.
Jadi pi lah si suami ni beli semua brg2 tadi.

Bila balik rumah, isteri tadi ambil beg2 plastik bawa kluar semua brg
untuk di simpan. Isteri terjumpa la satu tin marjerin. Di luar tin tu
ada tulis .. FREE...

Isteri tanya suami dia mana benda yg FREE ni? Kenapa tak ambil.
Suami kata la lupa nak mintak benda tu tadi. Isteri pun suruh suami pi
balik ke supermarket claim benda FREE tu .

Suami pun pi la bawa tin planta tadi jumpa salesgirl nak claim benda FREE.
Bertengkarlah suami tadi ngan salesgirl tadi. Salesgirl tu kata benda free
tu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak dak punya.Dia mintak
jugak dari salesgirl benda FREE tu.

Supervisor lalu kat situ dan terdengar pertengkaran mereka.
Apabila supervisor tanya apasal?, dia pulak kena marah dengan suami tadi.
Suami tadi minta juga benda FREE dari supervisor tadi .
Suami tadi tunjuk tin planta yg ada bertulis...FREE tu...
Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tu ......
ada la tertulis...dalam bahasa Inggeris...supervisor tu baca
.

.

.......CHOLESTEROL FREE..........!!!!!






2.A Medical Problem

An old woman came into her doctor's office
and confessed to an embarrassing problem.
"I fart all the time, Doctor Johnson,
but they're soundless, and they have no odor.

In fact, since I've been here, I've farted no less than twenty times.
What can I do?"
"Here's a prescription, Mrs. Harris.
Take these pills three times a day for seven days
and come back and see me in a week."

Next week an upset Mrs. Harris marched into Dr. Johnson's office.
"Doctor, I don't know what was in those pills, but the problem is worse!
I'm farting just as much, but now they smell terrible!
What do you have to say for yourself?"
"Calm down, Mrs. Harris," said the doctor soothingly.
"Now that we've fixed your sinuses, we'll work on your hearing!!!"





3.A Love Story

I shall seek and find you.
I shall take you to bed and control you.
I will make you ache, shake and sweat until you grunt and groan.
I will make you beg for mercy.
I will exhaust you to the point that you will be relieved when I leave you.
And you will be weak for days.

All my love,
The Flu




4.Cemburu

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit
lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting
kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya
seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon.
Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon,
tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan
suami dari kerja di depan pintu rumah.

Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan
si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah
untuk melihat drama petang itu.

Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang
apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan.
Sila cuba sebentar lagi".





5.Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja
sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung.
Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..
Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..
nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la...

Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..
Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"
Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."
Perompak berfikir seketika..

"Ha..gini la..sebab korang takder barang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."
Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."
Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weii..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."





6.Cara-cara nak cover malooooo...

Message:

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru
bgun bila xda orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuh la lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saja2 buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus berkarate seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di depan bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo xda..baring terus sampai malam dan
xda orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada di sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang ja yang dapat malu...kan?....wakakakakaka!!





7.Kisah di kawasan perkuburan


Ali dan Abu baru pulang dari bandar.
Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas
yg bersebelahan dengan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu
dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu.
Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur
dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.

Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan. Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut je".
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"
Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"






8.Lawak 3 perkataan...

Ada seorang cikgu perempuan yang mengajar B. Inggeris untuk tahun 1.
Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan
kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada seorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah.
Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari
kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain.
Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa
dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye.
Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia
lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes".
Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan.
Dia nampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku.
Perempuan itu kata "Ladies first".

Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris.
Ah, leganya kata budak itu.
"aku dah dapat carik kesemua perkataan B.I tu!!

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: "OK boy, did you get the words?"

Budak: "Yes, teacher".

Cikgu: "Good, what is your first word?"

Budak:"Shut up you!!"

Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: " Superman !!!"

Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"

Budak: “Ladies first.”




9.School..

Early one morning, a mother went in to wake up her son.
"Wake up, son. It's time to go to school!"
"But why, Mom? I don't want to go."
"Give me two reasons why you don't want to go."
"Well, the kids hate me for one, and the teachers hate me, too!"
"Oh, that's no reason not to go to school. Come on now and get ready."
"Give me two reasons why I should go to school."
"Well, for one, you're 52-years-old. And for another, you're the Principal!"






10.Surat Memujuk Kekasih

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi,
tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.
Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerajang segala kekusutan yang membelit tali perutku.
Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin,kambing,
salji,mee rebus,cendol,koridor,kotak pensil,tali kasut dan pasu bunga.

Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu
telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.
Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang.
Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.

Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,
apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi
setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.
Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap
dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.
Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.
Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku.
Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.
Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang.
Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya.
Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi?
Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.
Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.
Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk kutanggung
bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.

Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur
dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT
dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai.
Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku.
Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.
Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam.
Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan.
Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.

Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati
dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.
Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam
telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir di sini,
di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali.

Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO,
selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah,
aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.
Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.
Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah.
Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?






0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket